Skip to main content

Hair Transplant adalah prosedur perubatan yang terkawal di mana doktor akan memindahkan unit folikel rambut dari bahagian 'donor' ke bahagian yang sedang mengalami pembotakan.

Bagi calon yang sesuai, prosedur ini dapat mengembalikan ‘hair line‘, mengubah penampilan dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri. Harus diingat, hair transplant ialah satu fasa dalam proses restorasi rambut bagi yang mengalami masalah pembotakan.

Rawatan menyeluruh secara holistik yang melibatkan mengambilan ubat, diet yang berkualiti serta prosedur susulan adalah sangat penting bagi mengembalikan kondisi dan kitaran normal pertumbuhan rambut anda.

Apa yang berlaku, folikel rambut yang ditanam akan mula menumbuh di kawasan baru secara semulajadi. Kebiasaannya, selepas bulan pertama hingga bulan ketiga, rambut yang ditanam akan mula gugur sebelum tumbuh semula dalam 4 ke 12 bulan.

Pada ketika inilah hasil prosedur hair transplant dapat dilihat keberhasilannya. Rambut yang ditanam akan kekal lebih dari 20 tahun dan berpotensi sehingga akhir hayat anda.

Hair Transplant Bersama Pelakon Muda Josiah Lim

Pelakon muda tempatan berbangsa Cina, Josiah Lim berkongsi pengalaman beliau melalui prosedur Hair Transplant di Dr Shah Hair Clinic. Beliau mengalami masalah Male Pattern Baldness di usia muda dan beliau telah memutuskan untuk berbincang dengan Dr Shah berkenaan langkah-langkah paling tepat untuknya mengawal masalah ini.

Sekiranya anda tergolong dalam kategori di bawah, Dr Shah Hair Clinic menyarankan untuk mempertimbangkan prosedur hair transplant ini:

male pattern baldness
  • Lelaki yang mengalami masalah ‘Male Pattern Baldness‘ yang sudah mencapai Tahap 3 dan ke atas berdasarkan Skala Norwood-Hamilton.
  • Lelaki yang memahami bahawa masalah ‘Male Pattern Baldness‘ ialah masalah genetik dan sekiranya dibiarkan berterusan akan mengakibatkan pembotakan kekal.
  • Seseorang yang mengalami kehilangan rambut disebabkan parut atau trauma disebabkan kemalangan.
  • Wanita yang mengalami ‘Female Pattern Hair Loss‘ yang sudah mencapai Tahap 3 dan ke atas berdasarkan Skala Norwood-Hamilton.
  • Seseorang yang memiliki dahi luas semulajadi, yang berkeinginan untuk merendahkan ‘hairline‘.
  • Seseorang yang berkeinginan untuk memiliki jambang atau misai.
  • Seseorang yang berkeinginan untuk melebatkan jambang atau misai.
  • Seseorang yang ingin mendapatkan kening asal disebabkan penipisan, pembotakan atau parut akibat faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dielakkan.

Jadi, adakah hair transplant solusi terbaik untuk anda? Dapatkan konsultasi tanpa komitmen dari barisan doktor berpengalaman di Dr Shah Hair Clinic untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih lengkap.

Keyakinan diri bermula dengan rambut yang sihat.

Dapatkan Konsultasi Sekarang!

Leave a Reply