Skip to main content

Female Pattern Hair Loss (FPHL) atau Androgenetic Alopecia adalah keguguran rambut yang terjadi di kalangan wanita. Lazimnya ia berpunca dari faktor genetik namun ianya juga boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor lain. Simptom yang hampir sama dengan Male Pattern Hair Loss yang terjadi di kalangan lelaki, FPHL juga perlu diuruskan seawal mungkin bagi mengelakkan kebotakan kekal.

Statistik menunjukkan lebih kurang 40% wanita yang mengalaminya adalah dalam lingkungan usia 40an dan meningkat ke 50% pada usia 50an dan lebih kurang 30% pada mereka yang berusia 30an. Ini menunjukkan semakin berusia semakin ramai wanita terdedah kepada masalah ini jadi jangan dirahsiakan masalah ini. Ianya harus ditangani segera bagi mengelakkan ianya menjadi bertambah teruk.

Simptom yang hampir sama dengan Male Pattern Hair Loss yang terjadi dikalangan lelaki. Namun ianya lebih rumit atau ‘complicated’ berbanding dengan masalah lelaki.

Ada pelbagai punca lain kepada masalah rambut wanita seperti telogen effuvium, chronic telogen effuvium, alopecia areata, scarring alopecia dan sebagainya.

Keadaan ini akan menyebabkan penipisan rambut yang lebih tertumpu di bahagian depan hingga ke tengah kepala. Ianya berlaku disebabkan akar rambut di bahagian hadapan sehingga ke tengah kepala adalah sensitif kepada hormon DHT.

Keadaan ini menyebabkan akar rambut pada bahagian depan hingga ke tengah kepala menjadi semakin mengecil (miniaturized hair follicle) dan menghasilkan rambut yang kurang kualiti. Semakin lama keguguran rambut akan menjadi lebih progreasif menyebabkan rambut semakin menipis dan kulit kepala akan lebih jelas kelihatan pada bahagian depan dan tengah kepala.

40% daripada populasi wanita di seluruh dunia mengalami masalah androgenetic alopecia

Dr Deena dari Dr Shah Hair Clinic menerangkan secara ringkas berkenaan Female Pattern Hair Loss.

Dr Shah Hair Clinic menawarkan ubat yang dirumus khas untuk masalah yang dialami wanita iaitu 5IN1. Kandungan di dalam 5IN1 adalah Minoxidil 1mg, Finasteride 5mg, Minoxidil 1mg, Biotin, Zinc & Iron; Ianya merupakan kombinasi terbaik dalam mengembalikan keremajaan folikel rambut.

  • Ia mampu menebalkan rambut yang halus dan nipis dengan merendahkan pembentukan hormon DHT di kulit kepala (Hormon DHT sering dikaitkan dengan punca penipisan rambut & akar rambut mati).
  • Ubat ini juga mampu melancarkan peredaran darah di kawasan kulit kepala; seterusnya mengurangkan kegururan rambut.
  • Selain daripada itu, ia dapat memperbaiki keratin rambut supaya rambut lebih kuat dan sihat.

5IN1 adalah ubat terkawal, maka konsultasi doktor adalah diperlukan sebelum mengambinya.

5IN1 tidak boleh diambil oleh wanita yang merancang untuk mengandung, yang sedang mengandung atau sedang menyusukan anak.

Selesaikan Masalah FPHL Anda!

Leave a Reply