Skip to main content

Keguguran rambut dikaitkan dengan kelaziman komorbiditipsikiatri yang tinggi dan ianya merupakan satu masalah yang boleh menjejaskan rasa diri dan identiti seseorang.

Keguguran rambut dikaitkan dengan kelaziman komorbiditi psikiatri yang tinggi dan ianya merupakan satu masalah yang boleh menjejaskan rasa diri dan identity seseorang.  Keadaan ini sering menyekabkan tekanan psiko-emosi dan psikososial yang ketara, terutamanya apabila digabungkan dengan kerisauan, kemurungan, fobia sosial dan gangguan personality.  Ironinya, ia boleh menyebabkan gangguan psikologi ini.

Rasa malu, rendah diri, perubahan fizikal diri, dan penglibatan sosial yang kurang menyeronokkan adalah perkara biasa, kesan psikososial yang merubah kehidupan. Ini telah terbukti membawa kepada pengurangan ketara aktiviti masa lapang dan aktiviti luar serta pengurangan penglibatan sosial, untuk mengelakkan emosi negatif yang boleh membawa kepada pengasingan diri, kebimbangan dan kemurungan.  Gejala klinikal, perubahan tingkah laku, kestabilan emosi, serta kebimbangan yang melibatkan keguguran rambut, masing-masing mempunyai kesan ke atas kualiti hidup seseorang.  Akibat psikologi dan sosial yang serious ini boleh mengakibatkan perubahan negative kepada sifat peribadi dan emosi, isu sosial dan kerjaya yang agak ketara.

Perbezaan Akibat Psikososial Rambut Gugur Di Kalangan Lelaki dan Wanita

Walaupun kedua-dunia lelaki dan wanita berurusan dengan keguguran rambut yang disebabkan oleh penyakit atau rawatan perubatan, terlalu sedikit pendedahan yang diberikan berkenaan keguguran rambut di kalangan lelaki.  Walau bagaimanapun, kajian yang memfokuskan kepada lelaki dengan Alopecia Androgenetik, juga dikenali sebagai keguguran rambut bercorak (Male Pattern Baldness) atau kebotakan biasa yang menlibatkan lelaki yang berusia, menunjukkan bahawa keguguran rambut juga boleh menjadi masalah yang ketara bagi lelaki.  Usaha untuk mengurangkan beban psikososial keguguran rambut lelaki telah dijalankan selama bertahun-tahun, tetapi ramai lelaki telah menerima kenyataan bahawa kehilangan rambut akibat dari faktor-faktor tersebut dalam budaya kita telah diterima secara sosial.

Walaubagaimanapun, terdapat persetujuan saintifik bahawa kemurungan yang disebabkan oleh keguguran rambut adalah lebih besar di kalangan wanita berbanding lelaki.  Ini disebabkan wanita mempunyai cabaran yang lebih sukar dari segi psikologi, tetapi masih tidak ada dorongan yang kuat untuk mengurangkan masalah keguguran rambut yang dialami oleh wanita, kerana masih boleh menyembunyikan rambut gugur mereka.  Berbanding lelaki, wanita lebih menghargai penampilan mereka, dan bagi wanita rambut adalah bahagian penting dan dianggap sebagai daya tarikan utama personaliti mereka di dalam masyarakat.

“ umur muda lagi 23 tapi rambut jadi mcm nih dah.. kdg nk keluar p mana ii malu jgk .. apa patut saya buat dgn rambut mcm nihh untuk dpt hasil yg terbaik dan menjadi tebal ”

Syamsul

Punca rambut gugur

Alopecia

Seperti yang dinyatakan, terdapat pelbagai punca keguguran rambut, alopecia adalah bentuk yang paling biasa. Alopecia adalah gangguan dermatologi radang kronik yang menjejaskan fasa pertumbuhan folikel rambut, mengakibatkan keguguran rambut.

Terdapat beberapa bentuk Alopecia, dan yang paling biasa ialah Alopecia Androgenetik. Ia adalah bentuk keguguran rambut yang biasa di kalangan lelaki dan wanita. Pada lelaki, keadaan ini juga dikenali sebagai kebotakan corak lelaki. Rambut hilang dalam corak yang jelas, dari masa ke semasa, garis rambut surut untuk membentuk ciri bentuk “M”.

Jenis Alopecia kedua yang paling biasa ialah Alopecia Areata, gangguan autoimun yang biasanya mengakibatkan keguguran rambut yang tidak dapat diramalkan. Mungkin terdapat pelbagai sebab untuk mengalami alopecia, faktor genetik mungkin bukan satu-satunya sebab, ia boleh disebabkan oleh sebab lain.

Pilihan rawatan

Rambut gugur boleh mengganggu sama ada ia disebabkan oleh faktor genetik atau penyakit. Terdapat rawatan yang disediakan. Ramai orang boleh mendapat manfaat daripada preskripsi ubat yang membantu mereka menumbuhkan semula rambut mereka atau, sekurang-kurangnya, memperlahankan proses keguguran rambut. Sesetengah individu yang terjejas juga sering dirujuk untuk membuat rawatan pemindahan rambut, bergantung kepada kondisi keguguran rambut individu tersebut. Dapatkan nasihat doktor anda sebaik sahaja anda mendapati sesuatu yang luar biasa kerana lebih cepat anda memulakan rawatan, lebih baik.

Leave a Reply