Skip to main content

Male Pattern Baldness (MPB) adalah bentuk keguguran yang paling biasa di kalangan lelaki. Ia boleh dikatakan sebagai keguguran secara perlahan, beransur-ansur untuk membentuk bentuk ‘M’ dan menjadikan rambut nipis di bahagian atas kepala.

Rambut yang menipis itu bukan sahaja semakin kurang namun ianya halus dan pendek. Keadaan ini sering berlaku kepada lelaki yang berusia namun ianya boleh juga terjadi kepada lelaki muda.

Kebotakan ini tidak membahayakan kesihatan namun ianya menjejaskan keyakinan seseorang itu. Kata kuncinya di sini ialah ‘proactive‘.

Walaupun terdapat pelbagai punca yang mengaitkan masalah keguguran rambut, kajian menunjukkan bahawa genetik memainkan peranan yang penting dalam menentukan samada seseorang itu akan mengalami masalah kebotakan ini.

Sekiranya seseorang itu terdedah kepada genetik kepada kebotakan, secara teknikalnya hormon testoteron yang dihasilkan dalam badan akan bertindak balas dengan gen individu itu dan ianya mengecutkan folikel rambut. Lama kelamaan folikel rambut melemah dan tidak menghasilkan rambut baru.

Keadaan ini masih boleh dirawat sekiranya dari awal dengan produk dan ubat yang dirumus khas untuk masalah ini. Namun kebanyakan ubat yang diambil untuk masalah ini, rambut anda akan gugur secara banyak pada permulaannya. Ini adalah peringkat awal pengambilan ubat iaitu pada bulan pertama dan bulan kedua, ini adalah fasa bagi pertumbuhan rambut baru lazimnya pada bulan ketiga.

Proses pertumbuhan rambut akan terus berlangsung sehingga bulan keeenam dan selanjut dimana anda akan dapat melihat hasilnya.

Kebanyakan ubat yang diambil untuk masalah ini, rambut anda akan gugur secara banyak pada permulaannya..

genetic
4IN1 untuk Rambut M
Untuk masalah male pattern baldness ini, saya sangat mengesyorkan pengambilan 1 biji sehari secara konsisten ubat 4IN1 ini. Ia bukan sahaja melambatkan proses keguguran rambut, malah mengembalikan keremajaan folikel rambut seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut yang kuat dan sihat.

Kandungan 4IN1 ini sememangnya diformulasikan bertepatan untuk mengatasi masalah keguguran rambut khususnya male pattern baldness. Kadar yang dibotolkan telah diteliti bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Ini adalah ubat preskripsi jadi anda memerlukan konsultasi pakar dari pihak kami sebelum menggunakannya.

Dapatkan Konsultasi Pakar Sekarang!

Leave a Reply