Skip to main content

Anda rasa anda sedang mengalami Chronic Hair Loss?

Terdapat beberapa jenis masalah keguguran rambut yang boleh dikategorikan sebagai Chronic Hair Loss. Antaranya ialah Female Pattern Hair Loss, Chronic Telogen Effluvium & Scarring Alopecia. Dalam artikel ini kita akan membincangkan setiap satu jenis masalah-masalah ini secara santai dan informatif.

Penting untuk mengetahui jenis masalah keguguran rambut yang dialami supaya boleh diuruskan dan diselesaikan secara tepat dan efektif.

Female Pattern Hair Loss

Lazimnya berpunca dari faktor genetik atau keturunan dan terjadi kepada kalangan wanita yang berumur 20an hingga 40an. Simptom yang hampir sama dengan Male Pattern Hair Loss yang terjadi di kalangan lelaki. Keadaan ini akan menyebabkan penipisan rambut yang lebih tertumpu di bahagian depan hingga ke tengah kepala. Ianya berlaku disebabkan akar rambut di bahagian hadapan sehingga ke tengah kepala adalah sensitif kepada hormon DHT.

Keadaan ini menyebabkan akar rambut pada bahagian depan hingga ke tengah kepala menjadi semakin mengecil (miniaturize hair follicle) dan menghasilkan rambut yang kurang kualiti. Semakin lama keguguran rambut akan menjadi lebih progreasif menyebabkan rambut semakin menipis dan kulit kepala akan lebih jelas kelihatan pada bahagian depan dan tengah kepala.

Chronic Telogen Effluvium

Keguguran rambut yang berlaku dalam tempoh yang panjang (lebih dari 6 bulan) berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti ketidakseimbangan nutrisi dan hormon atau anda mempunyai masalah kesihatan yang boleh menyebabkan masalah ini. Chronic Telogen Effluvium berbeza dengan Female Pattern Hair Loss, di mana ianya menyebabkan keguguran rambut secara keseluruhan kepala. Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini adalah kekurangan zat besi dan zink.

Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kondisi masalah kesihatan seperti Hypothyrodism, Hyperthyroidism, Polycystic Ovarian Syndrome. Juga boleh berlaku disebabkan kondisi Autoimmune Disease, Rheumatoid Arthritis, Systemic Lupus Erythematosus dan Syphilis.

Scarring Alopecia

Scarring Alopecia boleh menyebabkan Chronic Hair Loss di mana ianya berlaku disebabkan masalah keradangan yang berlaku pada kulit kepala. Antara tanda- tanda awal keadaan ini ialah kulit kepala gatal, kemerah-merahan dan rambut gugur secara kronik.

Ianya boleh menyebabkan akar rambut menjadi mati dan kebotakan kekal terjadi.

Leave a Reply