Skip to main content
rambut gugur

Rambut gugur memberi impak terhadap keyakinan diri anda?

Rambut memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut dan setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut baru.

Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.

Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ianya mengimbas cahaya dan memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.

Rambut akan memanjang sekurang-kurangnya 1cm setiap bulan.

Namun keguguran rambut sering berlaku seiring dengan usia dan juga faktor-faktor lain. Keguguran rambut boleh merubah kehidupan sosial seseorang.

Banyak jenis keguguran rambut di kalangan lelaki dan wanita antaranya adalah Acute Telogen Effuvium.

Apakah itu Acute Telogen Effuvium

Acute Telogen Effuvium adalah fasa di mana rambut anda gugur dengan banyak secara tiba-tiba. Ianya boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti :

Selepas Bersalin
Demam Panas
Selepas Pembedahan
Crash Diet
Pengambilan Ubat-Ubatan
Stress Yang Melampau

Tahukah anda bahawa rambut anda juga memerlukan vitamin. Di Dr. Shah Hair Clinic kami sering menyarankan kepada pelanggan kami untuk mengambil Vitamin 9IN1 yang dirumus khas untuk masalah Acute Telogen Effuvium.

9IN1 adalah pek vitamin yang mengandungi gabungan vitamin-vitamin seperti BIOTIN, IRON, ZINC, MANGANESE, SELENIUM, VITAMIN B5, B6, B12 & D3.

FUNGSI VITAMIN UNTUK MASALAH RAMBUT GUGUR

Iron
Penting dalam penghasilan sel-sel baru dalam folikel rambut.

Biotin, Zinc, Maganese, Selenium
Menguatkan keratin rambut supaya rambut tidak mudah putus.

B5, B6, B12, D3
Membantu mengurangkan keradangan pada kulit kepala. Secara keseluruhannya 9in1 ini dirumus bagi membantu anda mendapatkan rambut yang lebih lebat, sihat dan lebih kuat.

Pengambilan 9in1 adalah lebih berkesan sekiranya anda juga secara konsisten menggunakan set produk rambut Dr. Shah Hair Clinic seperti syampu, perapi dan juga serum.

Dapatkan Konsultasi Pakar

Leave a Reply