Skip to main content

 

 

Ramai masih tak tahu nak gune produk shampoo apa untuk masala rambut mereka. Penting menggunakan produk yang betul kerana ia memberi nutrisi yang betul kepada kulit kepala dan akar rambut untuk penumbuhan rambut. Diantara 5 tips tersebut ialah:

 

  • Rambut yang menipis dan jarang

Guna syampu atau tonik rambut yang mengandugi copper peptides. Copper peptides adalah bahan yang terbukti secara klinik boleh membantu merendahkan hormon DHT justeru menebalkan rambut yang mengurangkan rambut gugur bagi mereka yang mengalami masalah penipisan rambut seperti Androgenetic Alopecia. Copper peptides juga membantu memanjangkan fasa anagen dalam kitaran rambut. Fasa anagen adalah fasa rambut anda memanjang dan tidak gugur.

  • Kulit kepala berminyak

Jika anda rasa kulit kepala anda cepat berminyak dan gatal, cuba guna syampu yang mengandungi zinc pyrithione atau coal tar. Zinc dan Coal Tar boleh mengurangkan minyak pada kulit kepala. Syampu yang mengandungi copper peptides juga membantu kerana ia boleh mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada kelenjar minyak.

  • Rambut kusut masai dan kering (frizzy hair)

Rambut yang kusut dan kering boleh disebabkan oleh kerosakan pada kutikel rambut tersebut. Cuba guna syampu atau perapi rambut yang mengandungi keratin dan hydrolyzed silk untuk memperbaiki kutikel rambut yang rosak.

  • Rambut banyak kelemumur dan gatal

Anda boleh cuba syampu yang mengandungi zinc pyrithione atau ketoconazole 1%. Jika masih berterusan, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan kulit kepala. Untuk kulit kepala gatal pula, guna syampu yang mengandungi menthol atau witch hazel supaya kulit kepala terasa sejuk dan segar.

  • Berapa kerap anda perlu syampu?

Ini antara soalan yang kerap pesakit kami tanyakan. Kekerapan syampu sebenarnya bergantung kepala jenis kulit kepala anda. Jika kulit kepala anda jenis berminyak, anda boleh syampu rambut setiap hari. Tapi bagi mereka yang mempunyai kulit kepala kering, anda boleh syampu selang 2-3 hari mengikut keselesaan anda.

Leave a Reply