Skip to main content

40% wanita di dunia mengalami Female Pattern Hair Loss / androgenetic alopecia

Tahukah anda bahawa ramai sebenarnya wanita di dunia ini yang mengalami Female Pattern Hair Loss. Statistik menunjukkan bahawa lebih kurang 40% wanita di dunia ini mengalami masalah ini dalam kalangan umur 40-an. Peratusan ini meningkat ke 50% apabila dalam kalangan umur 50-an, dan 30% dalam kalangan umur 30-an.

Statistik ini menunjukkan bahawa semakin meningkat usia, semakin ramai wanita mengalami masalah ini. Ini bukannya sebab peningkatan usia tu, tetapi kerana sifat Female Pattern Hair Loss yang akan menjadi semakin teruk dan berterusan seiring dengan usia.

Jika masalah rambut anda bermula pada umur anda 20-an, rambut anda akan menjadi semakin jarang semakin meningkatnya usia anda.

Sebab tu anda perlu rawat masalah ini di peringkat awal untuk mengelakkan ianya menjadi semakin teruk.

 

Berkait rapat dengan keturunan

Genetic

Genetic

Sekiranya anda atau pasangan anda mengalami Androgenetic Alopecia, boleh jadi anak anda pun akan mendapat Female Pattern Hair Loss atau Androgenetic Alopecia. Tapi tidak semestinya.

Ramai yang mengalami masalah ini tapi ibu bapa mereka mempunyai rambut yang normal dan lebat.

Masalah ini juga tidak berlaku kepada semua adik beradik anda.

 

Bukan disebabkan diet, stres atau penggunaan produk

Ramai salah anggap bahawa rambut mereka semakin menipis, jarang dan membotak disebabkan penggunaan produk yang salah, kerap mewarnakan rambut, rebonding, perming, makan fast food, stres harian dan sebagainya.

Produk rambut zaman dahulu mengandungi kandungan kimia yang boleh merosakkan kulit kepala tetapi produk yang ada di pasaran sekarang adalah selamat. Diet seperti crash diet atau malnutrisi serta stres yang melampau memang boleh menyebabkan keguguran rambut yang banyak (telogen effluvium), tetapi ianya bersifat sementara dan tidak menyebabkan Female Pattern Hair Loss.

 

Boleh terjadi serentak dengan masalah rambut lain

Androgenetic alopecia

Androgenetic alopecia

Masalah rambut wanita ini boleh dikatakan lebih complicated berbanding masalah rambut lelaki. Ada pelbagai punca lain kepada masalah rambut wanita seperti telogen effluvium, chronic telogen effluvium, alopecia areata, scarring alopecia dan sebagainya.

Sebab itu penting untuk wanita yang mengalami masalah rambut untuk datang berjumpa doktor. Ini untuk memastikan diagnosis yang betul dan rawatan yang sesuai dapat diberi.

Untuk mendapat diagnosis yang betul, beberapa ujian seperti ujian darah dan scalp biopsy mungkin perlu dibuat.

 

Rawatan terbaik adalah dengan makan ubat awal

Jika mereka yang mengalami masalah Female Pattern Hair Loss mula makan ubat awal, mereka dapat mengelakkan rambut mereka semakin nipis dan jarang. Selain itu, ubat juga boleh

5 FAKTA MENGENAI FEMALE PATTERN HAIR LOSS

Medicine

melebatkan kembali rambut yang telah menipis.

Malangnya, ubat tidak mampu untuk menumbuhkan kembali akar rambut  yang telah mati. Untuk mengisi kawasan yang sudah tiada akar rambut, prosedur tanam rambut atau hair transplant diperlukan.

Leave a Reply