Skip to main content
TENTANG KAMI

Latar belakang
Syarikat

Dr. Shah memulakan klinik estetik pertamanya di Kuantan Pahang pada tahun 2010 sebelum membuat keputusan untuk meluaskan perkhidmatan kepada perkhidmatan restorasi rambut.

Selari dengan visi syarikat, kami ingin memastikan bahawa setiap perkhidmatan yang diberikan mestilah menggunakan teknologi yang mengikut piawaian terkini, selamat dan kepakaran yang seiring dengan kehendak industri. Klinik Dr. Shah menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam perkhidmatan restorasi rambut.

Sejak beroperasi, sehingga kini Klinik Dr. Shah telah pun menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan dan boleh dikatakan Klinik Dr. Shah telah pun menjadi sebuah klinik restore rambut yang dipercayai dan diyakini. Dari sebuah klinik kecil dia Kuantan Pahang, kini Klinik Dr. Shah berdiri sebaris dengan barisan klinik pakar lain di Subang Jaya, Selangor.

Bagi kami, pencapaian ini bukan mudah untuk dicapai dan bukan mudah untuk memberi persepsi kepada umum akan kepentingan kesihatan rambut. Kami cuba memberikan perkhidmatan sebaiknya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pelanggan kami dan kami harapkan setiap apa yang kami berikan menjadikan mereke melangkah keluar dari premis kami dengan lebih yakin.

Akreditasi

company history

AAHRS – Asian Association of Hair Restoration Surgeons (International)

The International Society of Hair Restoration Surgery (ISHRS)

Lifetime Member – World FUE Institute

ABHRS DIPLOMAT
(American Board of Hair Restoration Surgery)