


Dr Shaharom Sulaiman adalah graduasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan karier kedoktoran beliau sebagai Doktor tentera sejurus menamatkan latihan houseman beliau. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau telah mula tertarik dengan bidang kepakaran estetik. Setelah menamatkan tempoh perkhidmatan ketenteraan, beliau tidak melengahkan masa dan terjun ke bidang estetik seperti yang diimpikan dan bidang kepakaran rambut menjadi pilihan.
Beliau amat tertarik bagaiman restori rambut dapat membantu kehidupan sosial ramai individu. Segalanya bermula pada tahun 2010 beliau bertekad mengaplikasikan apa yang beliau pelajari sebagai ‘medical doctor’ ke bidang rambut. Beliau telah berusaha meneruskan kerjaya beliau di bidang estetik dan telah mendapat Professional Diploma in Aesthetic Medicine (LCP) .
Sehingga kini, Dr Shah sendiri telah dikenali dikalangan selebriti Malaysia bukan sahaja kerana hasilnya yang telah terbukti memberangsankan tetapi kerana beliau sendiri yang tidak jemu berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Kelayakan Profesional :
ABHRS DIPLOMATE
(American Board of Hair Restoration Surgery)
Member of ISHRS
(International Society of Hair Restoration Surgery)
Life Member of AAHRS
(Asian Association of Hair Restoration Surgery)
Life Member of World FUE Institute
