Skip to main content

Beberapa bulan lagi kita akan memasuki tahun 2023. Setiap tahun membawa perubahan baru dalam lanskap gaya rambut lelaki, terutamanya bagi mereka yang peka dan ‘up-to-date’. Apakah gaya rambut yang bakal dilupakan menjelang 2023?

Potongan rambut dengan ‘low fade’ di bahagian tepi dan belakang dengan bahagian atas dibiarkan panjang sangat popular 2, 3 tahun kebelakangan ini. Gaya ala ‘hipster’ yang memerlukan penggunaan pomade yang banyak ini juga dijangka akan ditinggalkan apabila kita memasuki tahun 2023. Disebabkan ia terlalu popular hinggakan pelajar sekolah turut menggayakannya, tahun 2023 akan lebih menampilkan individualiti dan tekstur berbanding gaya rambut yang sama di mana-mana.

“Sebagai pakar rambut, sangat 'refreshing' melihat lebih ramai lelaki kini berminat dan mengambil peduli tentang gaya rambut dan memilih gaya lebih bertekstur dan terjaga. 2021 dan 2022 memperlihatkan populariti gaya natural dan klasik. 'Fades' dan 'man bun' akan dilupakan; manakala gaya kemas 80-an akan mula membuat 'comeback'.”

Michael Morrisroughandtumblegentleman.com

Setelah 2 tahun terperangkap di rumah, gaya ‘out-of-bed’ akan mula ditinggalkan. Trend fashion sudah mula menampakkan gaya yang menjurus kepada gaya formal, kemas dan ‘polished’; ini tidak akan membantu jika gaya rambut anda seperti baru sahaja bangun dari tidur.

“Trend dan gaya rambut lelaki untuk 2023 akan menampilkan ketepatan, bukan ketebalan. Kita akan melihat lebih banyak gaya potongan pendek, yang masih modern dan kemas.”

Khamis Maioufbookofbarbering.com
Tips untuk 2023

Kemas

Potongan yang sesuai untuk pakaian formal, dituruti dengan layers dan tekstur dalam membentuk silhouette yang lebih semulajadi. Kurangkan potongan nipis di tepi dan panjang secara tiba-tiba di bahagian atas kepala.

Tips untuk 2023

Kekalkan kesinambungan semulajadi

Sekiranya anda ingin mengekalkan gaya potongan tepi yang nipis, tiada masalah tetapi cuba gaya baru yang menampilkan fade yang lebih sempurna yang hanya boleh diperolehi dengan menggunakan gunting dan sikat. Apabila rambut mula menumbuh, tiada lagi rambut baru yang terpacak yang memerlukan grooming yang terlampau kerap.

Tip untuk 2023

Tekstur

Untuk penampilan gaya rambut yang lebih panjang, tekstur memainkan peranan terpenting. Lapisan atau layering akan membentuk movement kepada helaian rambut anda. Untuk rambut bahagian atas yang dibiarkan panjang sedikit, sekiranya ditambah tekstur dalaman, akan memberikan gaya baru yang sangat menarik sambil mengekalkan kekemasan.

Tips untuk 2023

Gaya Tahan Lasak

Ramai stailista berpendapat yang gaya clean cut akan kembali dan menjadi ikutan untuk tahun 2023. Trend rambut turut dipengaruhi oleh filem yang hit. Filem berunsur anggota unit beruniform seperti Juang dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa akan mengembalikan gaya rambut clean cut dengan wajah bercukur bersih tanpa jambang, barangkali. Bagi yang menggemari rambut yang lebih panjang, penggunaan wax rambut mampu mengekalkan gaya rambut dalam menjalani aktiviti luar yang lasak.

Kami di Dr Shah Hair Clinic sangat menggalakkan cara hidup yang menggalak keyakinan kendiri. Walau apa pun gaya rambut yang dipilih, pastikan ia bersesuaian dengan anda sebagai individu unik. Sesetengah gaya rambut hanya tampak elok untuk sesetengah bentuk muka dan bentuk telinga jadi pilih lah yang seeloknya untuk anda. Pemilihan produk penggayaan yang sesuai dengan gaya dan keadaan juga menyempurnakan gaya 2023 anda.

Be Confident. Be You.

Leave a Reply