Terdapat banyak faktor-faktor masalah keguguran rambut, dan ia perlu didiagnos oleh para doktor untuk mendapatkan punca utama yang tepat dan cara merawatnya dengan baik dan berkesan. Diantara berikut adalah punca rambut gugur yang biasa terjadi apabila seseorang alami masalah keguguran rambut.
- Keturunan
Masalah Androgenetick Alopecia sangat berkait rapat dengan genetik. Sekiranya ada diantara ahli keluarga anda mengalami masalah ini, anda juga berisiko menghadapi rambut gugur.
- Stress
Masalah rambut gugur banyak (telogen effluvium) boleh berlaku sekiranya anda terdedah kepada keadaan stress seperti demam panas, selepas pembedahan, perubahan gaya hidup dan sebagainya.
- Selepas Bersalin
Wanita akan alami rambut gugur banyak pada 3-6 bulan selepas bersalin. Keadaan ini boleh berlaku selama 3-6 bulan kemudian kitaran rambut akan menjadi normal semula.
- Hormon
Mereka yang alami masalah androgen excess seperti polycystic ovarian syndrome (PCOS) boleh mengalami masalah penipisan rambut. Berbincang dengan pakar sakit puan (O&G) untuk rawatan lanjut.
- Malnutrisi
Mereka yang ada masalah nutrisi seperti anorexia dan bullemia akan mengalami risiko kekurangan zat dan vitami yang penting untuk rambut yang sihat. Contoh zat dan vitamin yang penting seperti zat besi, biotin, zink dan sebagainya.
- Penyakit kronik
Ada beberapa penyakit yang boleh mendatangkan keguguran rambut yang teruk. Contohnya seperti penyakit thyroid, Autoimmune dan syphillis.
- Ubat-Ubatan
Ada banyak jenis ubat yang boleh mendatangkan keguguran rambut, seperti anti-biotik, ubat tahan sakit, ubat darah tinggi dan lain-lain.