Skip to main content

Dalam memilih produk penggayaan rambut, lelaki umumnya tidak mempunyai banyak pilihan berbanding wanita.

Sememangnya lumrah lelaki lebih gemar pendekatan yang lebih ringkas dan mudah. Wanita sebaliknya boleh dikatakan dari hujung rambut ke hujung kaki memerlukan pengkhususan dan penjagaan yang rapi. Penjagaan rambut, wajah, sehinggalah ke pemilihan aksesori, wanita amnya tidak pernah gagal untuk tampil bergaya.

Zaman telah banyak berubah dan kaum lelaki juga kini seiring dengan kaum wanita dalam bab bergaya.  Ramai kaum lelaki sudah mula berjinak-jinak dengan facial muka malah ada antara mereka yang mempunyai kulit lebih mulus dari kaum wanita.

Banyak salon-salon yang memberi perkhidmatan yang seumpamanya. Apatah lagi penjagaan rambut. Seperti yang kita ketahui, penjagaan rambut lelaki juga telah banyak berada di pasaran dan bukan kaleng-kaleng harganya. Pelbagai jenama dan bentuk rupa mengikut kehendak si pemakai.

Aktiviti dan gaya hidup juga memainkan peranan dalam pemilihan produk penggayaan rambut lelaki. Aktiviti sukan dan outdoor, contohnya, memerlukan produk yang boleh mengekalkan gaya rambut dan tidak mudah cair. Maka pemilihan yang tepat boleh menjamin konsistensi gaya sepanjang aktiviti si pemakai.

Terdapat 3 jenis produk pengayaan rambut yang lazimnya menjadi pilihan kaum lelaki iaitu Pomade, Wax dan Gel. Anda perlu ketahui beza antara ketiga-tiga produk ini sebelum membuat pilihan.

Produk Penggayaan Rambut Lelaki

Pomade

Pomade kebiasaannya didatangkan dari 2 varian: pomade berasaskan air (water-based) dan pomade berasaskan jeli petroleum. Pomade berasaskan air kurang berkilat tetapi memberikan kesan yang lebih kemas, manakala pomade yang berasaskan jeli petroleum lebih berminyak dan mempunyai kesan pegangan yang lebih kuat (gaya rambut anda kekal lebih lama).

Dikatakan pomade berasaskan air lebih baik untuk kulit kepala dan ia lebih mudah dicuci berbanding pomade berasaskan jeli petroleum.

Produk Penggayaan Rambut Lelaki

Wax Rambut

Wax rambut boleh mengelirukan kita kerana terdapat banyak produk yang dijenamakan sebagai wax rambut tetapi mengandungi bahan bahan yang pelbagai. Pastikan anda memilih wax rambut yang tidak mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang mencurigakan. Sekiranya anda mempunyai kulit kepala yang berminyak dan rambut yang pendek, wax rambut adalah pilihan terbaik untuk anda jika dibandingkan dengan produk penggayaan rambut lelaki yang lain. Ia lebih mudah digayakan.

Tip penggayaan dengan menggunakan wax rambut ialah, pastikan rambut anda kering sedikit kerana wax rambut tidak mudah diuruskan dengan rambut yang masih basah.

Produk Penggayaan Rambut Lelaki

Gel Rambut

Jika dibandingkan dengan produk penggayaan rambut lelaki yang ada, gel rambut menawarkan gaya yang kekal lebih lama. Tetapi rambut anda akan kelihatan keras dan tidak natural. Anda perlu memilih gel rambut yang sesuai untuk jenis rambut dan kondisi kulit rambut. Sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur, elakkan dari menggunakan gel rambut berasaskan alkohol.

Tidak dinasihatkan untuk menggunakan gel rambut sekiranya anda akan melakukan aktiviti lasak kerana peluh akan mencairkan gel rambut seterusnya merosakkan gaya rambut anda. Untuk mengubah gaya selepas gel rambut kering, anda perlu membasuh rambut terlebih dahulu.

Jadi, bagi membuat pilihan sama ada Pomade, Wax Rambut atau Gel Rambut yang terbaik untuk rambut anda,

Leave a Reply